Sabtu, 27 Oktober 2012

BILA PASANGAN KETAGIHAN CHATING DI INTERNET

Keluhan seorang isteri kepada rakan-rakannya dalam sebuah forum maya, “Saya dah tak tahu nak luahkan kepada siapa. Sudah terbuku dalam hati saya ini, saya terlalu tertekan sekarang, tambahan pula saya sedang hamil hampir tujuh bulan. Nak bercerita dengan rakan-rakan, saya malu. Mata saya dah puas menangis. Hari ini pergi keja dengan mata naik sembab. Nak buat keja sudah tak larat.
TENSION! Masalah saya ini mulanya pada cuti 1 Mei yang lepas. kami tak dapat balik ke kampung, sebab belanja bulan ni ‘tak lepas’. Jadi, kononnya hendak kurangkan kebosanannya, suami saya pun pinjam laptop dan broadband kawan dia. Disebabkan dia baru nak berjinak dengan komputer, dia minta saya buatkan emel dia dan saya pun buatlah untuknya. Lepas itu dia ternampak Yahoo Messenger (YM) pada desktop, dia pun ingin mencuba dan saya pun ajarlah dia menggunakannya. Malam itu juga dia berchatting. Memang saya kira saya ni bodohlah mengajar dia bab ini. Saya tak tahu dia tidur pukul berapa pada malam itu. Esoknya dia online, malamnya dia online. Saya onlinelah juga, tapi tidaklah sampai setengah jam. Pengenalan diri saya ialah wanita yang sudah berkahwin. Tetapi yang menaikkan darah marah saya ialah dia mengaku masih bujang. Semasa saya belek-belek “history” chattersnya, saya terbaca jawapan bila ditanya statusnya, dia menipu sebagai belum berkahwin. Malam kedua pun dia online sampai ke pagi, saya tak tahu dia tidur jam berapa sebab dia tidur di luar ruang tamu lagi. Hari ketiga saya memang bermasam muka dengan dia, kurang bercakap dengan dia. Bila emosi sudah tak terkawal saya meninggikan suara, “Buat apa chat sampai ke pagi?” Saya ni tunggul ke? Betapa kecewanya saya, dia tetap juga online. Bermula malam itu, kami selalu bertengkar. Kesimpulan yang dia buat ialah saya tak percayakan dia. Memang saya tak percayakan dia. Apa yang dia buat chatting sampai ke pagi. Saya tahu sangatlah orang kat YM tu, semuanya tak boleh dipercayai. Saya dah berterus terang yang saya tak suka dia ber-YM. Dia masih berdegil juga. Saya sudah tak tahan begini. Berilah nasihat untuk saya.”
Dijawab oleh teman mayanya, “Pertama sekali saya minta awak beristighfar banyak-banyak, tenangkan hati dan jangan salahkan diri sendiri sebab ajar suami YM tu. Kalau awak tidak ajar pun, dia tetap akan belajar juga dengan orang lain. Nampaknya suami awak tu dah terkena 'renjatan budaya'. Ibarat budak yang baru pandai naik basikal, dia akan terus kayuh puas-puas sampailah dia jemu dan tak hairan dah dengan basikal tu. Bezanya, basikal ni hanya melibatkan dirinya seorang, manakala YM ni melibatkan ramai orang. Saya mengharapkan awak dapat duduk semeja dan berbincang elok-elok dengan suami tu. Ingatkan dia tentang tanggungjawab dan baby yang bakal dilahirkan nanti. Jangan sesekali mencabarnya sebab lelaki pantang dicabar. Saya harapkan awak bertawakal dan banyakkan berdoa, solat sunat dan mengaji. Ia menyejukkan rumahtangga dan hati yg 'panas' itu.”
Disambut oleh teman yang lain, “Betul macam fayla cakap, orang yg baru nak kenal YM ni, akan menjadi macam cempera. Kalau nasihat pun dia akan buat juga. Sebab benda ini baru baginya. Memang dia nak explore lebih-lebih. Cuma apa yg dirisaukan, bila berchatting nak sorokkan status kahwin, akan jadi sesuatu yg tak elok satu hari nanti. Maaf bukan nak menakutkan. Banyak kes macam ni yg akhirnya rumahtangga berterabur. Akhir-akhirnya lafaz talak. Pergi cari kenalan YM tu, rupanya kenalan YM tu penipu juga sebenarnya. Nak berbalik kat bekas isteri, hati dah hancur. Tak mahu terima dia lagi. Siapa yg rugi? Harap-harap masih awal lagi. Mama bagi nasihat, dunia YM ni dunia PENIPU BESAR!!! Cukup PENIPU BESAR!, selama 11 tahun saya kenali YM, memang dah kenal dan tahu cara orang yg nak chat. Sama ada penipu atau pun tidak, cukup-cukup masak dgn YM ni. Hati-hatilah. Sebelum terjadi apa-apa. Cepat-cepatlah elakkan. Kalau YM dgn kawan-kawan opis yg memang kita dah kenal tu lain kira. Ini mula chatting dgn orang yg memang kita tak kenal. Macam-macam nanti akan keluar. Tambahan pula kalau sudah boleh tengok webcam..LINGKUP!! Nanti macam-macam aksi yg akan tertunjuk, nauzubilah. Banyak-banyakkan sembahyang sunat dan berdoa pada Allah. Semoga ditarik balik kelalaian yg singgah di hati suami sekarang ni.”
Itulah keluahan dan kerisauan daripada pengalaman yang dihadapi oleh isteri-isteri apabila suaminya terjebak dengan ketagihan berchatting ini. Telah menjadi satu wabak penyakit pula dewasa ini terutama sekali kepada generasi sekarang yang kehidupannya didedahkan dengan kemudahan teknologi komunikasi yang serba canggih.
Kemudahan berchatting ini adalah satu teknologi komunikasi baru yang amat mudah, murah dan jangkauannya tanpa sempadan. Batasan yang sebenar ialah ketukan jari-jemari kita di atas papan kekunci itu. Dari sudut pengurusan maklumat, teknologi ini memang banyak kebaikannya. Malah ada organisasi-organisasi perniagaan dan awam menggunakannya secara rasmi sebagai wadah komunikasi mereka. Arahan dan maklumat dua hala antara pihak pengurusan dengan warga kerjanya amat berkesan, tepat dan pantas. Pastinya organisasi ini ada menetapkan peraturan dan adab-adab penggunaannya supaya urusan mereka bersistem, lebih cekap dan menjimatkan kos pengurusan mereka.
Apabila teknologi ini dibawa ke dalam rumah, perlulah kita fikirkan juga peraturan-peraturan penggunaannya sebagaimana di pejabat. Kita boleh menerima pakai adab agama kita menerima tetamu yang bertandang dan bersembang di rumah kita atau budaya kita bertandang ke rumah orang lain. Pastinya tidak manis dan tidak wajar kita bersembang dengan anak dara atau janda atau isteri orang tanpa ditemani oleh muhrimnya di rumah itu. Biasanya kita ditemani muhrimnya. Begitu juga waktu-waktu kita bersembang. Pastinya ada waktu-waktu tertentu supaya aurat atau waktu-waktu berehat tidak terganggu, seperti tidak bertandang selepas waktu isyak melainkan dijemput oleh tuan rumah.
Oleh itu, bagi mereka yang telah menggunakan kemudahan chatting di rumah, eloklah berbincang sesama suami isteri agar membuat satu peraturan di rumah seperti mana kita menerima tetamu atau kita berkunjung ke rumah kawan-kawan untuk bersembang. Sebagai contoh, pastikan waktu berchatting ialah antara jam 9 hingga 11 malam sahaja. Pastikan mereka yang diajak chat itu orang yang dikenali secara peribadi dan kita sama-sama mengetahuinya. Tidak salah kalau bersama-sama chat dengan orang itu agar tidak timbul fitnah antara suami isteri. Kalau ada orang baru ingin berkenalan, sama ada sama jantina atau tidak, eloklah minta kebenaran pasangan untuk menerima salam perkenalan itu.
Untuk makluman pembaca, saya mengambil catatan ini daripada penulis di alam siber yang menyatakan sebab mengapa lelaki boleh ketagih berchatting hingga lupa anak dan isteri di dalam rumahnya sendiri.
  1. Mudah dapat "bersembang" dengan wanita (mungkin asli atau tipuan) hingga menyebabkan mindanya bertambah aktif semula dan bermotivasi untuk dirinya.
  2. Kalau "wanita" yang dia chat itu melayan dan dia pula dapat "menguasai" perbualan mereka, maka dirinya terasa puas, seakan-akan tersangat macho. Tinggilah hormon testosteronnya.
  3. Kalau "wanita" yang dia chat itu "tewas" dalam "pangkuannya" secara online, dan dia pula pandai menggunakan teks ungkapan memberahikan "wanita" yang dia ayat itu, ini lebih memachokan dia dan menyebabkan dirinya terasa kembali "muda".
  4. Kalau niat suami ini ber-YM untuk mencari "wanita" sunyi (memang ada) dan menjadikan "wanita" ini bahan melepaskan gian seksnya dan dia berhasil, memang dia akan menjadi ketagih dan amat berbahaya untuk dirinya dan rumahtangganya.
Bagaimana cara untuk membantu suami ini kembali berpijak di bumi yang nyata?
  1. Suami tadi disibukkan atau menyibukkan dirinya dengan aktiviti luar dengan masyarakat agar mindanya dapat dipenuhi dengan memikirkan aktiviti luar itu. Otak lelaki monotrek, oleh itu jika dia fikir satu perkara, maka itulah yang dia fikirkan. Kalau dia fikir nak YM, maka YM-lah yangg dia fikirkan. Kalau dia memancing di laut.. maka memancing sajalah yang dia fikirkan sampai berjam-jam. Tiada apa-apa yang lain yang dia fikirkan.
  2. Selain daripada aktiviti masyarakat, fikirkan juga aktiviti di rumah bersama anak dan isteri pada waktu malam yang boleh mengalahkan tarikan chatting YM itu.
  3. Tidak salah kalau isteri juga duduk bersamanya berchatting dengan chatters, pujuk dia untuk chat bersama dan letakkan ID chatters dengan nama "Suamisteri" atau "kamiberduani" atau "pasanganbahagia" atau "mamadanpapa" dan sebagainya.
  4. Buatkan jadual berchatting untuk keluarga seperti contoh: Chatting keluarga jam 10 pm - 11 pm untuk malam Isnin hingga Khamis sahaja. Malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad khas untuk keluarga (isteri dan anak-anak).