Kamis, 08 November 2012

Bila si dia mengidap ‘Ejakulasi Dini’....


“Kegagalan untuk memberikan kepuasan seksual kepada anda adalah situasi paling memalukan bagi pasangannya. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal sama sekali. Sekaligus menyebabkan berbagai perkara dilakukan agar lelaki berkenaan tidak mengalaminya,” kata David Strovny, seorang pakar terapi seksual terkenal dari USA.


Malah ejakulasi dini selain masalah impotensi sesungguhnya merupakan perkara paling ditakuti oleh kaum lelaki. Namun jika pasangan anda mengalami masalah seumpama ini, bantulah dia kerana hanya anda dapat menolongnya, caranya?

Bantu Dia Membayangkan Hal Kurang Menyenangkan
Membayangkan sesuatu yang ‘totally different’ ketika melakukan hubungan seksual dapat melambatkan dorongan seksualnya. Contoh, jika biasanya dia menganggap anda begitu seksi, cuba minta agar dia membayangkan sesuatu yang tidak disukainya seperti suasana pejabat yang membosankan. Teknik ini akan membantunya memperlahankan orgasme sekaligus mengawal gerakannya yang agak aktif.

Menggunakan Alat Pelindung
Menggunakan kondom berkualiti yang sedikit tebal sebagai mengurangi perasaan sensasi pada hujung penisnya juga dapat membantu dia.

Memberhentikan Rangsangan Dengan Segera
Teknik paling umum yang digunakan oleh si suami biasanya ialah dengan menarik keluar alat kelamin mereka sebelum mencapai orgasme. Menghentikan rangsangan dan mengatur nafas dengan segera dikatakan mampu membuat pasangan anda belajar untuk menahan sensasi rangsangan yang berlaku.

Bagaimanapun kaedah ini memerlukan kesabaran kedua belah pihak. Sementara anda sendiri beruntung kerana memiliki banyak waktu untuk mencapai orgasme.