Kamis, 08 November 2012

Ucapan Dalam Hubungan




Ada pepatah yang mengatakan lidah lebih tajam daripada pedang. Pepatah ini memang ada benarnya. Sering ditemui sepasang kekasih atau suami isteri bertengkar hanya kerana masalah perkataan pasangannya yang menganggap remeh terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya, Maria sedang mengikuti program diet. Dan hari itu dia berhasil menurunkan berat badannya sebanyak 5 kg setelah seminggu diet yang ketat. Dengan bangganya segera dikhabarkannya hal tersebut kepada suaminya. Tanpa berfikir dulu, suaminya memberi komen.

Alah sekejap aje tu. Paling tidak pun minggu depan berat badan awak akan naik 5 kg lagi. Komen tersebut membuat Maria sakit hati dan tersinggung kerana usahanya selama seminggu dipandang rendah oleh suaminya. Dengan komentarseperti ini, tidak ada reaksi positif yang didapatkan, malah yang timbul ialah perasaan tersinggung, dipandang rendah dan dendam. Mengapa orang gemar melakukan hal yang terang-terang menimbulkan sesuatu yang negatif? Meski pun sudah tahu, masih banyak orang yang melakukannya dan biasanya terhadap orang yang paling mereka cintai. Mungkin kerana mereka menganggap orang itu adalah rapat dan terlalu biasanya, maka dia tidak akan tersinggung walau apa sekalipun yang diperkatakan.

Kesalahan utama bukan disebabkan dia tidak cinta lagi pada isterinya tetapi kerana dia tidak berfikir dulu sebelum bercakap. Yang menyebabkan keluarnya kata-kata pedas, merendahkan, menyindir atau mengatakan sesuatu yang tidak penting tetapi dengan nada yang menyinggung perasaan. Biasanya hal ini terjadi kerana anda dalam keletihan, kecewa, tekanan pekerjaan atau apa sahaja yang menyebabkan mood anda tidak baik.

Sering kali bila sudah terucap barulah kita menyesali perkataan kasar kita kepada orang yang paling kita sayangi. Jadi bila anda sedang dalam keadaan tertekan atau penat dan ada sedikit keraguan apakah respons anda betul atau tidak, tanyakan pada diri anda 2 soalan ini: “Apakah komen aku ada gunanya bagi perbualan ini? Apakah komen aku ini akan merapatkan hubungan kami atau langsung akan menjauhkannya?

Komentar yang menyakitkan hati tidak akan memberi apa-apa kesan jika yang menerima komen tersebut tidak mempedulikannya. Biasanya bila seseorang mendapatkan komentar yang menyakitkan, ia akan bersikap defensif bahkan membalas dengan beberapa kalimat. Dan mungkin juga akan berkembang menjadi pertikaian yang tidak bermanfaat. Penting untuk diam sejenak tanpa memberi komen setelah pasangan kita selesai bercakap, agar kita boleh berfikir dulu sebelum berbicara. Menjalin hubungan yang dipenuhi cinta tidaklah rumit, hanya diperlukan usaha kita untuk bersikap ramah, penuh perhatian dan tidak menjadikan diri kita sebagai penghalang kepada kemesraan berpanjangan.