Kamis, 08 November 2012

Penuhi Rasa Cinta Kasih Anda pada pasangan


Seiring dengan berjalannya waktu, perkahwinan pasti akan mengalami masa pasang surut. Masa pasang adalah masa di awal perkahwinan di mana semua yang dilihat dan terjadi indah dan menyenangkan belaka. Pada masa surut, perkahwinan akan mulai bergoncang dan tidak lagi harmoni.


Bagi pasangan suami isteri ynag memahami situasi mereka, maka mereka akan segera dapat mengesan punca masalah dan segera mengatasi ketidak harmonian tersebut. Bagi pasangan yang tidak faham, mereka cenderung untuk mulai melihat ciri-ciri negatif pasangannya. Mereka mulai saling menyalahkan dan menuduh bahawa pasangan mereka sudah berubah tidak seperti dulu lagi iaitu ketika waktu bercinta atau awal perkahwinan dulu. Dan kerana pasangan mereka berubah maka kehidupan rumah tangga mereka juga akhirnya menjadi tidak harmoni.

Benarkah demikian? Benarkah telah terjadi perubahan dalam diri pasangan ini? Sebenarnya tidak! Apa yang terlihat sebagai suatu perubahan sebenarnya hanya merupakan kesan dari mula menipisnya isi tangki cinta mereka. Apakah tangki cinta itu? Tangki cinta sama dengan simpanan duityang anda miliki. Bila wang dalam simpanan itu hanya dikeluarkan tanpa adanya simpanan baru, maka lama-kelamaan wangnya akan semakin habis. Demikian juga dengan tangki cinta anda. Pada waktu awal perkahwinan, pasangan memasuki hidup berumah tangga dengan tangki cinta yang penuh dan kadang-kadang sampai melimpah ruah. Semuanya dilihat dan berjalan dengan baik. Sampai suatu saat, kerana tangki cinta ini tidak diisi, tangki cintanya mulai kosong.

Mengapa tangki cinta boleh kering isinya? Banyak kejadian dalam hidup berlaku yang bila-bila masa sahaja boleh mengurangkan isi tangki cinta. Kekecewaan, kritikan, salah faham, salah pengertian, cinta bersyarat dan banyak lagi pastinya akan mengurangkan cinta anda jika tidak diubati terus.